Sebanyak RM3.5 bilion bakal diperuntukkan melalui Program Jalinan Prihatin bagi membolehkan kumpulan B40 memiliki telefon pintar atau bantuan pelan Jalur Lebar, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.<br />Beliau berkata, daripada keseluruhan dana berkenaan, RM2 bilion bakal disediakan kerajaan, manakala RM1.5 bilion disumbang oleh syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan.
